Cari Blog Ini

Isnin, September 28, 2009

LEBARAN 1430 HIJRAH

Tanggal 1 Syawal menjelma lagi. Kemeriahan Hari Raya dikongsi bersama sama ada tua, muda atau kanak-kanak. Begitu juga dengan aku serta keluargaku. Seperti lazimnya, Hari Raya pertama, aku akan menunaikan solat sunat Hari Raya di Surau Darul Muslimin, Kampung Endah. Selepas itu, aku dan keluarga menuju ke rumah ayah dan ibu yang terletak di belakang rumahku.


Gambar keluarga pada Hari Raya Pertama di Kampung Endah



Gambar keluarga di Teratak Endah. Antara keluarga yang ada ialah Keluarga Ramlan (Kak Long), Keluarga Azizian (Anis) dan Keluarga Amin (Intan). Di ambil pada pagi Hari Raya Pertama.




Rabu, September 16, 2009

SUARA MEMANGGIL ...


Sesungguhnya laungan Azan ini mengajak manusia mengingati Allah SWT dengan menunaikan Solat. Seterusnya mengajak manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Antara suara yang tidak pernah terputus di dunia ialah laungan Azan kerana setiap detik dan saat pasti akan ada muazzin yang melaungkan Azan di seluruh dunia mengikut waktu yang telah ditetapkan, iaitu lima waktu sehari semalam.



Rabu, September 02, 2009

SEKITAR SYAWAL 2007

Ha, yang comel ni ialah anakku yang paling bongsu (setakat ini). Namanya Muhammad Nur Aqif. Tetapi lebih dikenali sebagai "Bilal" kerana nama ini diberikan oleh seorang saudagar Pakistan yang kebetulan singgah di rumahku selepas beberapa hari isteriku melahirkan anakku ini. Sekali pandang tentu sangka dia perempuan kan?
Tapi, sekarang rambutnya dah dipotong. Barulah nampak macam lekaki dan nakalnya pun boleh tahan juga ...


Gambar ini memaparkan keluargaku dan keluarga Boboy bersama ibu mertuaku, Puan Khatijah (Mama)

Inilah gambar keluargaku yang lengkap. Gambar ini diambil pada pagi Hari Raya pertama tahun 2007 di hadapan rumah mertuaku di Port Dickson.


Yang sedang mendukung anak tu, aku. Yang comel tu isteri kesayanganku. Anak kecil yang kudukung itu ialah Aqif atau panggilan manja "Bilal". Dari kiri: Anak lelaki sulong, Nur Aliff, Anak lelaki ketiga, Nur Afiq, Anak lekaki keempat, Nur Afif. Satu-satunya anak perempuanku, Najwa Aliya.







SELAMAT BERPUASA DAN SALAM AIDILFITRI

Ramadan al-mubarak sedang kita lalui. Sebagai umat Islam, kita dituntut agar memperbanyak membuat amal ibadah, bersedekah, membuat kebajikan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Penuhi waktu malam dengan bertarawih, berzikir dan menunaikan solat sunat tahajud. Semoga ibadah puasa yang kita jalani bukan dikatakan sebagai 'adat' tetapi adalah 'ibadat'.

Ibadah puasa sebenarnya hendak menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Di samping kita merasakan kesusahan dan kelaparan yang ditanggung oleh saudara-saudara kita yang fakir, miskin atau kurang berkemampuan. Asuh dan didiklah anak-anak kita agar memahami bahawa puasa bukan 'adat' atau ikut-ikutan. Juga bukan kerana wang. Sebaliknya adalah ibadah dan kewajipan yang perlu dilaksanakan kerana puasa adalah syariat Allah SWT.

Seterusnya, kita akan menyambut Idulfitri. Sambutlah kehadiran syawal dengan kesederhanaan. Usahlah boros atau berlebih-lebihan ketika berbelanja.

Akhir kata,
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selasa, Ogos 04, 2009

MAKAN MALAM NOSTALGIA BERSAMA PAK ENGKU

Malam tu sempat lak bergambar ngan penyanyi tahun 80'an iaitu Ibnor Riza.
Alah ... yang terkenal dengan lagu "Sepi Seorang Perindu".
Sebelah tu Saufi, member aku

Inilah tiket masuk ke Majlis Makan Malam tu. Harganya boleh tahan ... RM100 lagi.
Ada cabutan nombor bertuah ... tapi aku tak dapat pun ... tak de rezeki !!!

HARI KELUARGA PUAN MARIYAM 2009

Bagitu khusyuk memerhati anak-anak buah bersukan di padang

Apa agaknya yang sedang diperkatakan oleh Mama ni?
Mama sedang menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan Hari Keluarga puan Mariyam di Camar Laut, Bagan Lalang, Sepang



Upacara penyampaian hadiah sedang dijalankan. Nampaknya tahun ini aku dapat hadiah paling banyak kerana rumah aku telah menjadi johan ... rumah-rumah lain jangan jealous tau!!!




Apa agaknya yang lawak sangat tu?
Sebenarnya Abang Ajis sedang memerhatikan beberapa orang anak buah membuat persembahan



Muka masing-masing dah nampak letih jer. Maklumlah dan dua hari berada di Bagan Lalang untuk hari keluarga.
Selepas ni semua balik dan pada tahun depan cadang nak buat lawatan pulak


Hari Keluarga Puan Mariyam 2009 telah diadakan di Pusat Latihan LKIM, Camar Laut, Bagan Lalang, Sepang.
Semua ahli keluarga telah berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. Semuanya seronok sebab kali ini banyak aktiviti dapat dijalankan. Antaranya, sukan antara rumah, main bola tampat dan bola jaring. Kanak-kanak pula ada acara pakaian beragam. Sponsor utama untuk makan malam Encik Razali dan pertandingan karaoke pula ditaja oleh Boboy dan family.
Jumpa lagi tahun depan


Isnin, Ogos 03, 2009

Guru Dahulu ... dan Guru Hari Ini ...

Guru Dahulu ...
Seingat aku, guru yang mengajar aku dahulu memang kebanyakan 'garang'. Aku sendiri pernah kena lempang di pipi oleh seorang guru yang namanya pun masih aku ingat iaitu Cikgu Lee Nyit Fong. Itu gara-gara aku telah menyapukan gam terlebih banyak di atas kertas lukisan untuk dibuat kolaj. Mujur, aku tak pengsan kerana penangannya memang kuat dan badan aku ketika itu ... comel. Tetapi, aku tak marah dan apabila balik ke rumah pun aku tidak menceritakan apa yang aku alami kepada mak dan abah.

Guru dahulu ...
Apabila mengajar memang bersungguh-sungguh dan akan diulang-ulang sampai bebarapa kali dengan matlamat semua muridnya boleh dapat apa yang diajarkan. Rotan menjadi senjata utama untuk memotivasikan murid belajar. Sesiapa yang tak boleh jawab atau tak boleh baca, rotan akan singgah sama ada di tapak tangan atau di punggung. Hari esoknya, muird yang kena rotan itu pasti dah boleh baca. Anehnya, tak seorang pun mak bapak yang datang sekolah buat aduan anak kena rotan atau kena cubit.

Guru Dahulu ...
Datang sekolah naik motosikal lama. Dari jauh bunyinya pun sudah dikenali. Kalau yang perempuan, bunyi hentakan tumit kasutnya sudah dapat ditelek siapa orangnya. Apabila bersemuka dengan guru, cepat-cepat melengcong ke jalan lain sebab takut nak menatap wajah cikgu.

Tetapi ...

Guru Hari Ini ...
Hari pertama mendaftar diri di sekolah, dah kena tersenyum dan bermanis muka. Masuk dalam kelas sahaja anak muird dan serbu, ada yang berani pegang tangan, cuit bahu, usik rambut, tegur tudung dan kerongsang dan bertanya pelbagai soalan tanpa perasaan takut. Cikgu dah jadi kawan. Kadang-kadang, keterlaluan pula perlakuan murid-murid terhadap gurunya. Tetapi, guru baharu, hanya boleh berkata, "Tak pelah", "Its OK", "Alringht", dan macam-macam lagi. Kadang-kadang geram juga, tapi nak rotan budak tak boleh. Nanti boleh dihadapkan ke mahkamah. Maklumnlah, mak bapak hari ini dah pandai-pandai. Tapi mereka tak ingat macam mana mereka boleh pandai sekarang.

Guru Hari Ini ...
Perlu lebih pandai daripada ibu bapa dan lebih pandai daripada murid-murid. Kalau tak, murid-murid pula yang akan mengajar guru dan ibu bapa pula akan mengarahkan guru. Guru-guru perlu tahu komputer dan kalau boleh 'hand-phone' pun mesti lebih canggih berbanding murid-murid. Kalau tak, murid-murid akan kata, "Hand-phone cikgu boleh buat baling anjing." Guru-guru mesti tahu nak guna e-mel, facebook, tagged, blogspot, friendster dan macam-macam lagi. Laptop cikgu pun mesti ada WIFI dan lengkap dengan broadband. Hand-phone pula mesti ada 3G dan kamera digital 12 megapixel. Kalau tidak, cikgu akan diperlekeh oleh budak-budak.

Guru Hari Ini ...
Memang banyak untungnya. Gaji dah besar, elaun dah banyak. Tempat letak kerata di sekolah pun dah penuh dengan kereta Perdana, Mercedes, Camry, Alphad, Estima, Grand Livina ... dan paling murah pun Persona. Ada sekolah yang terpaksa korbankan padang semata-mata nak tampung tempat letak kereta cikgu. Maklumlah, kereta dah banyak dan besar-besar pulak saiznya. Hebat !!! Tetapi mengajar pun kenalah sehebat gaji yang diterima dan sebesar kereta yang dimiliki.

Semoga hendaknya, Guru Dahulu dan Guru Hari Ini akan bergabung pengalaman, pengetahuan, kepakaran, ilmu dan komitmen untuk memartabatkan profesion keguruan agar terus dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat.

Amin ya rabbal alamin

Rabu, Julai 29, 2009

Keluargaku

Inilah fotoku di samping isteriku yang tersayang
Ini pula, foto aku bersama isteriku dan tiga orang puteraku iaitu, Afiq, Abang Cik dan Bilal