Cari Blog Ini

Rabu, September 02, 2009

SELAMAT BERPUASA DAN SALAM AIDILFITRI

Ramadan al-mubarak sedang kita lalui. Sebagai umat Islam, kita dituntut agar memperbanyak membuat amal ibadah, bersedekah, membuat kebajikan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Penuhi waktu malam dengan bertarawih, berzikir dan menunaikan solat sunat tahajud. Semoga ibadah puasa yang kita jalani bukan dikatakan sebagai 'adat' tetapi adalah 'ibadat'.

Ibadah puasa sebenarnya hendak menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Di samping kita merasakan kesusahan dan kelaparan yang ditanggung oleh saudara-saudara kita yang fakir, miskin atau kurang berkemampuan. Asuh dan didiklah anak-anak kita agar memahami bahawa puasa bukan 'adat' atau ikut-ikutan. Juga bukan kerana wang. Sebaliknya adalah ibadah dan kewajipan yang perlu dilaksanakan kerana puasa adalah syariat Allah SWT.

Seterusnya, kita akan menyambut Idulfitri. Sambutlah kehadiran syawal dengan kesederhanaan. Usahlah boros atau berlebih-lebihan ketika berbelanja.

Akhir kata,
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan