Cari Blog Ini

Selasa, Disember 27, 2011

Selamat Tinggal 2011 ... Selamat datang 2012


Assalamualaikum.

Tirai 2011 akan dilabuhkan, maka tabir baharu 2012 akan terbuka. Bagaimana dengan azam kita sepanjang 2011? Sudahkah terlaksana? Atau ... masih boleh diteruskan pada tahun 2012? Ataupun, terus lupakan sahaja dan gantikan dengan azam yang baharu?

Setiap kali tahun baharu menjelang, maka kita sibuk memikirkan tentang azam tahun baharu. Padahal, azam-azam yang lepas masih belum terlaksana. Justeru, sebenarnya apa yang perlu kita lakukan apabila tahun baharu mendatang? Kita seharusnya muhasabah diri dengan melihat semula apa yang telah kita lakukan sepanjang 2011. berapa banyak kebaikan yang telah kita lakukan untuk kebaikan diri kita, keluarga kita dan anak didik kita? Sekiranya terlalu sedikit kebaikan yang telah kita lakukan, ini bermakna kita perlu tambahkan kebaikan pada tahun baharu ini. Begitulah juga, jika pada tahun 2011 kita lebih banyak melakukan kesalahan dan kesilapan, maka tebuskan kesalahan dan kesilapan kita pada tahun 2012.

Manusia yang cemerlang ialah manusia yang hari ini lebih baik daripada semalam dan esok adalah lebih baik daripada hari ini.