Cari Blog Ini

Isnin, September 28, 2009

LEBARAN 1430 HIJRAH

Tanggal 1 Syawal menjelma lagi. Kemeriahan Hari Raya dikongsi bersama sama ada tua, muda atau kanak-kanak. Begitu juga dengan aku serta keluargaku. Seperti lazimnya, Hari Raya pertama, aku akan menunaikan solat sunat Hari Raya di Surau Darul Muslimin, Kampung Endah. Selepas itu, aku dan keluarga menuju ke rumah ayah dan ibu yang terletak di belakang rumahku.


Gambar keluarga pada Hari Raya Pertama di Kampung Endah



Gambar keluarga di Teratak Endah. Antara keluarga yang ada ialah Keluarga Ramlan (Kak Long), Keluarga Azizian (Anis) dan Keluarga Amin (Intan). Di ambil pada pagi Hari Raya Pertama.




Rabu, September 16, 2009

SUARA MEMANGGIL ...


Sesungguhnya laungan Azan ini mengajak manusia mengingati Allah SWT dengan menunaikan Solat. Seterusnya mengajak manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Antara suara yang tidak pernah terputus di dunia ialah laungan Azan kerana setiap detik dan saat pasti akan ada muazzin yang melaungkan Azan di seluruh dunia mengikut waktu yang telah ditetapkan, iaitu lima waktu sehari semalam.



Rabu, September 02, 2009

SEKITAR SYAWAL 2007

Ha, yang comel ni ialah anakku yang paling bongsu (setakat ini). Namanya Muhammad Nur Aqif. Tetapi lebih dikenali sebagai "Bilal" kerana nama ini diberikan oleh seorang saudagar Pakistan yang kebetulan singgah di rumahku selepas beberapa hari isteriku melahirkan anakku ini. Sekali pandang tentu sangka dia perempuan kan?
Tapi, sekarang rambutnya dah dipotong. Barulah nampak macam lekaki dan nakalnya pun boleh tahan juga ...


Gambar ini memaparkan keluargaku dan keluarga Boboy bersama ibu mertuaku, Puan Khatijah (Mama)

Inilah gambar keluargaku yang lengkap. Gambar ini diambil pada pagi Hari Raya pertama tahun 2007 di hadapan rumah mertuaku di Port Dickson.


Yang sedang mendukung anak tu, aku. Yang comel tu isteri kesayanganku. Anak kecil yang kudukung itu ialah Aqif atau panggilan manja "Bilal". Dari kiri: Anak lelaki sulong, Nur Aliff, Anak lelaki ketiga, Nur Afiq, Anak lekaki keempat, Nur Afif. Satu-satunya anak perempuanku, Najwa Aliya.







SELAMAT BERPUASA DAN SALAM AIDILFITRI

Ramadan al-mubarak sedang kita lalui. Sebagai umat Islam, kita dituntut agar memperbanyak membuat amal ibadah, bersedekah, membuat kebajikan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Penuhi waktu malam dengan bertarawih, berzikir dan menunaikan solat sunat tahajud. Semoga ibadah puasa yang kita jalani bukan dikatakan sebagai 'adat' tetapi adalah 'ibadat'.

Ibadah puasa sebenarnya hendak menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Di samping kita merasakan kesusahan dan kelaparan yang ditanggung oleh saudara-saudara kita yang fakir, miskin atau kurang berkemampuan. Asuh dan didiklah anak-anak kita agar memahami bahawa puasa bukan 'adat' atau ikut-ikutan. Juga bukan kerana wang. Sebaliknya adalah ibadah dan kewajipan yang perlu dilaksanakan kerana puasa adalah syariat Allah SWT.

Seterusnya, kita akan menyambut Idulfitri. Sambutlah kehadiran syawal dengan kesederhanaan. Usahlah boros atau berlebih-lebihan ketika berbelanja.

Akhir kata,
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN