Cari Blog Ini

Rabu, Julai 31, 2013

Inilah Anak-Anak Kebanggaanku 2012

2012, sebanyak 8 orang anak muridku telah berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuanganku yang telah gigih berusaha untuk mendidik serta membimbing murid-murid Tahun 6.


Inilah 6 daripada 8 orang murid Tahun 6 2012 yang telah berjaya memperoleh 5A
dalam peperiksaan UPSR. TAHNIAH!!!

Mesyuarat Agung PIBG SK Batu Laut 2013

Mesyuarat Agung PIBG SK Batu Laut pada tahun 2013 telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Mahmud bin Karim. Beliau merupakan anak jati Batu Laut. Terima kasih atas kehadiran tuan ke SK Batu Laut.


Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Mahmud bin Karim,
sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Isnin, Julai 29, 2013

Staf Sekolah Kebangsaan Batu Laut 2013

Inilah tenaga kerja SK Batu Laut 2013


Bersama rakan setugas.... Al-Fadhil Ustaz Muhammad Ash'ari bin Jumingan


Bersama rakan-rakan dan staf sokongan SK Batu Laut




Salam Eidulfitri

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Kepada semua pembaca, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, "Selamat Hari Raya". Dengan ingatan tulus dan ikhlas, kami menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf kepada semua.


Soalan Ramalan Bahasa Melayu UPSR 2013

Bahagian B

[Masa dicadangkan: 30 minit]
[Markah: 30]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah.
Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1      Kelas kamu akan mengadakan majlis jamuan perpisahan. Kamu telah dipilih untuk mewakili murid-murid Tahun Enam untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

Atau

2      Kamu dan beberapa orang kawan kamu sedang leka memancing di sebatang sungai. Tiba-tiba, kamu telah terdengar suara orang menjerit meminta tolong.
Tuliskan tindakan kamu dan kawan-kawan kamu setelah mendengar jeritan itu.

Atau

3      Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk, "Aku Sebuah Komputer Riba"

Tuliskan jawapan kamu dengan 'klik' Ulasan di bawah ini. Insya-Allah, saya akan menyemak hasil karya kamu, Cubalah....

TELAH AGAK LAMA TIDAK BERBICARA

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Sahabat-sahabat yang dihormati.
Agak lama juga rasanya saya tidak mengamas kini blog ini. Maklum shajalah, agak sibuk dengan tugasan sepanjang tahun 2012. Saya telah dipertanggungjawabkan sebagai Penyelaras Tahun Enam 2012. Saya perlu membuat perancangan untuk Program Kecemerlangan Tahun 6 dan melaksanakan program-program yang telah dirancang.

Alhamdulillah, dengan sokongan pihak pentadbir dan rakan-rakan guru Tahun Enam, segala yang dirancang telah dapat dilaksanakan mengikut takwim dan peruntukan yang telah disediakan. Syukur juga, ada banyak pihak yang telah memberikan sumbangan berbentuk kewangan, idea dan tenaga untuk menjayakan program tersebut. Terima kasih kepada Yang Berhormat, Dr. Haji Karim bin Mansor, ADUN Kawasan Tanjung Sepat, Yang Dipertua PIBG, dan para dermawan yang lain.

Keputusan UPSR 2012 telah mencatatkan kecemerlangan. Sebanyak 8 orang telah berjaya memperoleh 5A dan peratus keseluruhan juga meningkat. Alhamdulillah.

Bagi Tahun 2013 ini, saya diberi tanggungjawab untuk membina tapat yang kukuh di Tahun Empat. Semoga apa yang direncanakan akan menunjukkan hasil pada tahun 2015 nanti. Inilah calon UPSR yang terakhir sebelum KSSR dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016.

Akhir kata, "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" dan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua sahabat.

Wassalamualaikum.