Cari Blog Ini

Isnin, Julai 29, 2013

TELAH AGAK LAMA TIDAK BERBICARA

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Sahabat-sahabat yang dihormati.
Agak lama juga rasanya saya tidak mengamas kini blog ini. Maklum shajalah, agak sibuk dengan tugasan sepanjang tahun 2012. Saya telah dipertanggungjawabkan sebagai Penyelaras Tahun Enam 2012. Saya perlu membuat perancangan untuk Program Kecemerlangan Tahun 6 dan melaksanakan program-program yang telah dirancang.

Alhamdulillah, dengan sokongan pihak pentadbir dan rakan-rakan guru Tahun Enam, segala yang dirancang telah dapat dilaksanakan mengikut takwim dan peruntukan yang telah disediakan. Syukur juga, ada banyak pihak yang telah memberikan sumbangan berbentuk kewangan, idea dan tenaga untuk menjayakan program tersebut. Terima kasih kepada Yang Berhormat, Dr. Haji Karim bin Mansor, ADUN Kawasan Tanjung Sepat, Yang Dipertua PIBG, dan para dermawan yang lain.

Keputusan UPSR 2012 telah mencatatkan kecemerlangan. Sebanyak 8 orang telah berjaya memperoleh 5A dan peratus keseluruhan juga meningkat. Alhamdulillah.

Bagi Tahun 2013 ini, saya diberi tanggungjawab untuk membina tapat yang kukuh di Tahun Empat. Semoga apa yang direncanakan akan menunjukkan hasil pada tahun 2015 nanti. Inilah calon UPSR yang terakhir sebelum KSSR dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016.

Akhir kata, "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" dan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua sahabat.

Wassalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan