Cari Blog Ini

Khamis, Mac 11, 2010

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN C

LANGKAH 1

Baca arahan dengan teliti untuk memahami kehendak arahan sama ada kamu perlu mengulas tentang Pengajaran, Nilai Murni atau Amalan Baik

LANGKAH 2

Baca petikan dengan teliti. Sekurang-kurangnya 2 kali (sehingga faham)

LANGKAH 3

Garisi maklumat-maklumat yang tersirat atau tersurat berkaitan perkara yang dikehendaki oleh arahan tadi.

LANGKAH 4

Pilih 5 maklumat yang paling mudah untuk diberikan huraian atau tafsiran

LANGKAH 5

Tuliskan ulasan kamu selengkapnya. Masukkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai untuk menjadikan ulasan kamu lebih gramatis. Pastikan ulasan kamu tidak melebihi 60 patah perkataan.

LANGKAH 6

Semak semula ulasan yang telah dibuat. Pastikan tiada kesalahan ejaan, struktur ayat, maklumat yang terdapat dalam petikan, dan ulasan tidak melebihi 60 patah perkataan. Jika ada kesalahan, betulkan dan murnikan.

1 ulasan:

  1. Saya berharap agar murid-murid Tahun 6 mencuba soalan-soalan yang dikemukakan. Insya-Allah saya akan menyemak jawapan yang anda berikan.

    BalasPadam