LANGKAH 1
Baca arahan dengan teliti untuk memahami kehendak arahan sama ada kamu perlu mengulas tentang Pengajaran, Nilai Murni atau Amalan Baik
LANGKAH 2
Baca petikan dengan teliti. Sekurang-kurangnya 2 kali (sehingga faham)
LANGKAH 3
Garisi maklumat-maklumat yang tersirat atau tersurat berkaitan perkara yang dikehendaki oleh arahan tadi.
LANGKAH 4
Pilih 5 maklumat yang paling mudah untuk diberikan huraian atau tafsiran
LANGKAH 5
Tuliskan ulasan kamu selengkapnya. Masukkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai untuk menjadikan ulasan kamu lebih gramatis. Pastikan ulasan kamu tidak melebihi 60 patah perkataan.
LANGKAH 6
Semak semula ulasan yang telah dibuat. Pastikan tiada kesalahan ejaan, struktur ayat, maklumat yang terdapat dalam petikan, dan ulasan tidak melebihi 60 patah perkataan. Jika ada kesalahan, betulkan dan murnikan.
Saya berharap agar murid-murid Tahun 6 mencuba soalan-soalan yang dikemukakan. Insya-Allah saya akan menyemak jawapan yang anda berikan.
BalasPadam