Gambar keluarga di Teratak Endah. Antara keluarga yang ada ialah Keluarga Ramlan (Kak Long), Keluarga Azizian (Anis) dan Keluarga Amin (Intan). Di ambil pada pagi Hari Raya Pertama.
BLOG INI MEMBERI RUANG DAN PELUANG KEPADA RAKAN-RAKAN GURU MEMBERIKAN PANDANGAN, CADANGAN DAN RESPON YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN DAN PROFESION KEGURUAN. JUGA SEBAGAI WADAH UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 MENJAWAB SOALAN-SOALAN LATIHAN YANG DIKEMUKAKAN. SETERUSNYA, BERTANYAKAN SEBARANG MASALAH BERKAITAN BAHASA MELAYU UPSR.
Cari Blog Ini
Isnin, September 28, 2009
LEBARAN 1430 HIJRAH
Gambar keluarga di Teratak Endah. Antara keluarga yang ada ialah Keluarga Ramlan (Kak Long), Keluarga Azizian (Anis) dan Keluarga Amin (Intan). Di ambil pada pagi Hari Raya Pertama.
Rabu, September 16, 2009
SUARA MEMANGGIL ...
Sesungguhnya laungan Azan ini mengajak manusia mengingati Allah SWT dengan menunaikan Solat. Seterusnya mengajak manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Antara suara yang tidak pernah terputus di dunia ialah laungan Azan kerana setiap detik dan saat pasti akan ada muazzin yang melaungkan Azan di seluruh dunia mengikut waktu yang telah ditetapkan, iaitu lima waktu sehari semalam.
Jumaat, September 04, 2009
Rabu, September 02, 2009
SEKITAR SYAWAL 2007
SELAMAT BERPUASA DAN SALAM AIDILFITRI
Ibadah puasa sebenarnya hendak menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Di samping kita merasakan kesusahan dan kelaparan yang ditanggung oleh saudara-saudara kita yang fakir, miskin atau kurang berkemampuan. Asuh dan didiklah anak-anak kita agar memahami bahawa puasa bukan 'adat' atau ikut-ikutan. Juga bukan kerana wang. Sebaliknya adalah ibadah dan kewajipan yang perlu dilaksanakan kerana puasa adalah syariat Allah SWT.
Seterusnya, kita akan menyambut Idulfitri. Sambutlah kehadiran syawal dengan kesederhanaan. Usahlah boros atau berlebih-lebihan ketika berbelanja.
Akhir kata,
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN
Selasa, Ogos 04, 2009
MAKAN MALAM NOSTALGIA BERSAMA PAK ENGKU
HARI KELUARGA PUAN MARIYAM 2009
Apa agaknya yang sedang diperkatakan oleh Mama ni?
Mama sedang menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan Hari Keluarga puan Mariyam di Camar Laut, Bagan Lalang, Sepang
Upacara penyampaian hadiah sedang dijalankan. Nampaknya tahun ini aku dapat hadiah paling banyak kerana rumah aku telah menjadi johan ... rumah-rumah lain jangan jealous tau!!!
Apa agaknya yang lawak sangat tu?
Sebenarnya Abang Ajis sedang memerhatikan beberapa orang anak buah membuat persembahan
Hari Keluarga Puan Mariyam 2009 telah diadakan di Pusat Latihan LKIM, Camar Laut, Bagan Lalang, Sepang.
Isnin, Ogos 03, 2009
Guru Dahulu ... dan Guru Hari Ini ...
Seingat aku, guru yang mengajar aku dahulu memang kebanyakan 'garang'. Aku sendiri pernah kena lempang di pipi oleh seorang guru yang namanya pun masih aku ingat iaitu Cikgu Lee Nyit Fong. Itu gara-gara aku telah menyapukan gam terlebih banyak di atas kertas lukisan untuk dibuat kolaj. Mujur, aku tak pengsan kerana penangannya memang kuat dan badan aku ketika itu ... comel. Tetapi, aku tak marah dan apabila balik ke rumah pun aku tidak menceritakan apa yang aku alami kepada mak dan abah.
Guru dahulu ...
Apabila mengajar memang bersungguh-sungguh dan akan diulang-ulang sampai bebarapa kali dengan matlamat semua muridnya boleh dapat apa yang diajarkan. Rotan menjadi senjata utama untuk memotivasikan murid belajar. Sesiapa yang tak boleh jawab atau tak boleh baca, rotan akan singgah sama ada di tapak tangan atau di punggung. Hari esoknya, muird yang kena rotan itu pasti dah boleh baca. Anehnya, tak seorang pun mak bapak yang datang sekolah buat aduan anak kena rotan atau kena cubit.
Guru Dahulu ...
Datang sekolah naik motosikal lama. Dari jauh bunyinya pun sudah dikenali. Kalau yang perempuan, bunyi hentakan tumit kasutnya sudah dapat ditelek siapa orangnya. Apabila bersemuka dengan guru, cepat-cepat melengcong ke jalan lain sebab takut nak menatap wajah cikgu.
Tetapi ...
Guru Hari Ini ...
Hari pertama mendaftar diri di sekolah, dah kena tersenyum dan bermanis muka. Masuk dalam kelas sahaja anak muird dan serbu, ada yang berani pegang tangan, cuit bahu, usik rambut, tegur tudung dan kerongsang dan bertanya pelbagai soalan tanpa perasaan takut. Cikgu dah jadi kawan. Kadang-kadang, keterlaluan pula perlakuan murid-murid terhadap gurunya. Tetapi, guru baharu, hanya boleh berkata, "Tak pelah", "Its OK", "Alringht", dan macam-macam lagi. Kadang-kadang geram juga, tapi nak rotan budak tak boleh. Nanti boleh dihadapkan ke mahkamah. Maklumnlah, mak bapak hari ini dah pandai-pandai. Tapi mereka tak ingat macam mana mereka boleh pandai sekarang.
Guru Hari Ini ...
Perlu lebih pandai daripada ibu bapa dan lebih pandai daripada murid-murid. Kalau tak, murid-murid pula yang akan mengajar guru dan ibu bapa pula akan mengarahkan guru. Guru-guru perlu tahu komputer dan kalau boleh 'hand-phone' pun mesti lebih canggih berbanding murid-murid. Kalau tak, murid-murid akan kata, "Hand-phone cikgu boleh buat baling anjing." Guru-guru mesti tahu nak guna e-mel, facebook, tagged, blogspot, friendster dan macam-macam lagi. Laptop cikgu pun mesti ada WIFI dan lengkap dengan broadband. Hand-phone pula mesti ada 3G dan kamera digital 12 megapixel. Kalau tidak, cikgu akan diperlekeh oleh budak-budak.
Guru Hari Ini ...
Memang banyak untungnya. Gaji dah besar, elaun dah banyak. Tempat letak kerata di sekolah pun dah penuh dengan kereta Perdana, Mercedes, Camry, Alphad, Estima, Grand Livina ... dan paling murah pun Persona. Ada sekolah yang terpaksa korbankan padang semata-mata nak tampung tempat letak kereta cikgu. Maklumlah, kereta dah banyak dan besar-besar pulak saiznya. Hebat !!! Tetapi mengajar pun kenalah sehebat gaji yang diterima dan sebesar kereta yang dimiliki.
Semoga hendaknya, Guru Dahulu dan Guru Hari Ini akan bergabung pengalaman, pengetahuan, kepakaran, ilmu dan komitmen untuk memartabatkan profesion keguruan agar terus dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat.
Amin ya rabbal alamin